CODE PRODUK: 9786297509082
Racun serangga menjadi senjata utama bagi Ezril untuk membunuh lipas, secara kasarnya orang akan berkata yang Ezril fobia dengan lipas tetapi sebenarnya Ezril yang mempunyai kehebatan deria bau yang sangat kuat terhadap keberadaan lipas. Di tambah lagi dengan adiknya, Fahmi yang suka membuang plastik makanan ringan sesuka hati dan menyebabkan biliknya menjadi sarang lipas.
Kelasnya diserang lipas sebesar tapak tangan, dan Ezril berjaya mendapatkan salah satu kaki lipas itu. Dia menunjukkan kaki itu kepada Cikgu Vincent tetapi kaki itu hilang sebelum dapat dikaji.
“Mereka semua anak buah aku.”- kapten Q
“Tunggu esok. Semuanya akan dihalau dari rumah ini,”-Ezril
Ezril tidak bepuas hati dan meminta Mama memanggil pest control. Dia didatangi Kapten Q ketua Skuad Elit yang memberi amaran, dia akan bertukar menjadi lipas. Puan Nora dan Encik Adham pula terlekat pada dinding. Adakah Ezril akan bertukar menjadi Lipas? Siapakah kapten Q? Adakah Ezril berjaya menyelamatkan Puan Nora dan Encik Adham?
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved