CODE PRODUK: 9789672865339
Robot seringkali dilabel sebagai binaan besi, disuntik kecerdasan buatan yang kemudian mampu membuatkannya berfungsi menyamai sebagaimana fungsi manusia. Berjalan, berlari, bertempur, bertindak dan berfikir… malah lebih lagi. Kini teknologi juga semakin maju dan kepenggunaan robot diperluas ke segenap aspek kehidupan.
Makhluk asing pula adalah bayangan makhluk-makhluk pelik daripada planet luar sana… yang kemungkinan akan menjelajah ke bumi lalu cuba meluaskan kuasa.
Tatkala robot bertembung dengan makhluk asing, apakah akan terjadi? Siapa lebih mampu muncul sebagai juara?
Komik sains fiksyen ini turut menyelitkan info-info sains tentang robot dan makhluk asing… bagi memastikan remaja tidak sekadar membaca, malah dapat sesuatu yang berguna.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved