Novel Cullen's Angel - NSSIGNATURE (FAJAR PAKEER) (L120,BL117)

CODE PRODUK: 9789838222044

  • Berat: 0.450kg
  • RM 22.40
  • RM28.00
  • 20 % OFF
  • STOCK:
  • 22


  • Pilih Lokasi:


Beli Sekarang

Info Produk

Tajuk: Novel Cullen's Angel - NSSIGNATURE (FAJAR PAKEER) ISBN: 9789838222044
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: NSSIGNATURE Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 564
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.450kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2.5cm   SINOPSIS    "Loving you was a bad idea that feels so good.”- TENGKU EMIR CULLEN

Angkara satu pertaruhan, Tengku Emir mendekati Amanda Haura. Hubungan yang pada awalnya bertunjangkan penipuan, kini sudah bertukar sayang dan cinta. Namun, perasaan yang terbina tidak kekal lama apabila satu perselisihan faham berlaku. Perjalanan cinta temui jalan buntu.

Enam tahun berlalu, segalanya berubah. Nama Tengku Emir semakin gah dalam dunia perniagaan manakala Amanda berstatus ibu tunggal.

Pertemuan kembali antara Tengku Emir dan Amanda menimbulkan bibit rasa dalam hati lelaki itu. Tambahan lagi setelah kebenaran terbongkar. Lelaki itu tekad. Dia harus mendapatkan kembali cinta Amanda dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna untuk mereka.

Bagi Amanda, rasa sakit itu masih ada. Rasa perit dihina masih belum pudar. Sebelum ini, tanpa bantuan, dia berjaya mengharungi keperitan membesarkan anak sendirian.

"Tak boleh ke awak anggap saja yang saya dan Eiman tak pernah wujud? Sepanjang enam tahun ni, awak masih boleh teruskan hidup, begitu juga dengan saya. Jadi, teruskan hidup awak macam biasa, Emir." - AMANDA HAURA

Tetapi amaran Tengku Emir membuatkan Amanda dihambat lelah tanpa henti. Dia tahu seberapa bahayanya Tengku Emir itu.

“Kalau I tak dapat you, tak akan ada sesiapa yang akan dapat you, Amanda.” - TENGKU EMIR CULLEN

Ugutan demi ugutan menjadikan Amanda tersepit di pertengahan. Pembongkaran demi pembongkaran menongkat segala kesumat.

Tiada lagikah keindahan tanpa mengundang rasa benci yang mendalam?

Perlukah dia memperjudikan nasibnya sekali lagi hanya untuk memastikan manusia sekelilingnya selamat?

Adakah waktu akan merungkai perjalanan kisah di antara mereka?

“Kahwin dengan I atau I akan lakukan banyak lagi kemusnahan."
CODE PRODUK: 9789838222044
STOCK: 22
BERAT: 0.450kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved