Impiana 2 The Regret # (L54)

CODE PRODUK: 9789672865230

  • Berat: 0.340kg

Info Produk

Tajuk: Impiana 2 The Regret # ISBN: 9789672865230
Penerbit: Blink Book, Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 372
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.340kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 12.5cm x 2cm   SINOPSIS  

Setelah mengetahui Syarikat Impiana adalah sebuah syarikat berbahaya, semua yang mendaftar tiada lagi jalan keluar. Menyesal? Tiada gunanya kerana tempoh tiga bulan mesti juga dilalui walau tanpa rela. Pasrah dan reda sahajalah atas apa pun yang dirancangkan oleh Syarikat Impiana untuk mencapai impian. Cara baik atau jahat? Syarikat tidak berhati perut itulah yang akan menentukannya.

Kini Fahrin yang mahu berhenti merokok sudah ditempatkan di hospital gila seumur hidup. Ini kerana di situ pesakit dikawal ketat, tidak mungkin menghidu walau sedikit pun tembakau yang menyebabkan ketagihan.

Nana pula diburu ketakutan apabila impian keduanya mahu lebih kaya berbanding kakaknya, masih berbaki masa. Lebih menakutkan, kekayaan kakaknya bernilai lebih RM10 juta! Lalu dirancang tempat bersembunyi jauh dari Kuala Lumpur supaya Syarikat Impiana tidak dapat menjejakinya.

Pai’e lebih kasihan, impian mahu jadi popular hampir tercapai… tetapi popular sebagai pembunuh dan penjenayah yang dikehendaki seluruh Malaysia. Bukannya popular kerana kebaikan.

Atas segala penderitaan yang dialami bekas para pelajar Sri Bangsar, sesalan tidak berguna lagi.

Mujur seorang adiwira muncul mahu menyelesaikan segala masalah. Fasharina binti Tan Sri Hisham merasa bertanggungjawab mahu memperbetulkan keadaan setelah melihat rakan-rakannya menerima akibat membuli Mimi Monira. Walhal, dahulu dialah ketua pembulian… dialah yang merancang segalanya.

Impiana 2: The Regret adalah sebuah novel genre thriller yang kuat disuntik elemen persahabatan demi mahu menyelamatkan orang yang disayang dari cengkaman Impiana Sdn. Bhd.

 
CODE PRODUK: 9789672865230
STOCK: 13
BERAT: 0.340kg

Penghantaran

Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Khidmat Pelanggan

Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.

Pengembalian Wang

Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.

© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved