Dewi Kasturi, seorang gadis jelita yang dicemburui oleh kebanyakan penduduk Kampung Tualang Beringin. Fitnah sering dilemparkan sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan syirik untuk membunuh ibu dan ayahnya. Sejak itu, Dewi menjadi murung.
Rasa cintanya kepada Khaliq, si pemuda kaya turut dipertikaikan oleh Taris. Kebahagiaannya diragut pergi. Imannya bergoncang dan hampir runtuh. Akhirnya, perjanjian dimeterai. Iblis ingin mengheretnya ke neraka!
“Aku akan bunuh kau! Kau akan terseksa!” – Dewi Kasturi
Suatu peristiwa tragis yang berlaku meletakkan Dewi Kasturi dalam bahaya. Dia harus meninggalkan cinta hati dan kampung halamannya. Pertemuan tanpa sengaja dengan Che Mustika memberi sinar dalam hidupnya.
Separuh abad berlalu, Encik Zain sekeluarga berpindah ke sebuah vila mewah yang terletak di kawasan lereng bukit. Kehadiran potret misteri menjadi tanda tanya. Bunyi gemerencing gelang kaki dan irama bonang menghantui mereka.
“Kenapa ukiran telapak kaki ni macam tertanam?” – Tiara
Sejak itu, kisah silam Dewi Kasturi yang tersembunyi di sebalik kemewahan Vila Cinta Mentari terus terbongkar satu per satu. Penemuan kubur lama di belakang vila juga mengejutkan mereka. Adakah ukiran telapak kaki itu terkait sama dengan Dewi Kasturi?
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved