Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik.
Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN. QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved