Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira, namun lain pula yang terjadi.
Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan-bulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya?
“Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak.”
“Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara, tapi semua tu bohong!”
Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, menimpa dirinya. Takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq, seorang duda beranak satu.
Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, dia bagaikan mati hidup semula. Namun, sikap Haq yang sukar ditebak membuatkan hidupnya serba tidak kena. Dia bagaikan selumbar yang mencucuk mata dan hati Haq. Salahkah jika dia ingin berkongsi kasih dengan anaknya? Sementelah, dia tidak punya sesiapa di dunia ini.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier terbaik seperti Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Buku rosak? Salah Order? Kuantiti tidak cukup? Lain-lain masalah? Kami sedia membantu.
Sekiranya stok habis, atau terdapat kesalahan dalam penghantaran, kami sedia untuk mengembalikan wang anda.
© 2024 MobileBookCafe . All rights reserved